Bila peniaga online kena hack account Facebook

Bila peniaga online kena hack

Beberapa hari sebelum ni agak kecoh bila timbul isu lebih kurang 50 juta akaun pengguna Facebook kena hack, entah2 akaun kita pon termasuk dalam statistik tu. Aku hanya mampu senyum dan gelak je bila dapat tau berita tu. Kenapa? Sebab sebelum ni aku pernah cuba pujuk beberapa orang peniaga untuk berniaga secara online melalui website sendiri, tapi dia cakap “Buat website ni mahal, saya jual produk ikut FB je…” Bila peniaga online kena hack account Facebook mereka, macam mana? https://blogs.k-ict.org/afi/bila-peniaga-online-kena-hack-account-facebook

Beberapa hari sebelum ni agak kecoh bila timbul isu lebih kurang 50 juta akaun pengguna Facebook kena hack, entah2 akaun kita pon termasuk dalam statistik tu. Aku hanya mampu senyum dan gelak je bila dapat tau berita tu. Kenapa? Sebab sebelum ni aku pernah cuba pujuk beberapa orang peniaga untuk berniaga secara online melalui website sendiri, tapi dia cakap “Buat website ni mahal, jadi saya jual produk ikut FB je…” Mungkin akaun dia belum pernah kena block, suspend, atau ban. Sekali dia kena macam sesetengah kawan aku tu baru dia rasa betapa peritnya hilang gambar2 produk dan semua friends kat FB sebelum ni. Apa kau sanggup create akaun baru dan upload lagi gambar2 produk jualan yg selama ni meletop2 kat page FB kau tu? Kalau gambar2 tu ada backup kat laptop OK la, tapi ni hanya ada kat FB je. Kau mampu ke nak cari balik friend beribu2 orang tu? Yg kawan aku sorang ni (tak nak sebut nama sini sebab nanti mungkin dia sendiri akan komen hahaha) kira OK la sebab aku tak nampak dia jual apa2 produk retail, jadi takdelah penat nak kena upload semula benda2 tu kat akaun baru.

Seperti dijanjikan minggu lepas, aku akan ceritakan benda2 yg melibatkan topik semasa, kebetulan topik akaun FB kena hack ni sangat berkaitan ngan bidang ICT dan bisnes online. Aku nak ceritakan tentang kenapa seseorang tu perlu ada system / platform sendiri bila berniaga, dan tak boleh semata2 bergantung pada platform lain macam Facebook, Shopee, Lazada, dan lain2. Sememangnya tak dinafikan bahawa bila kita menggunakan platform2 lain tu, sales boleh meningkat lebih tinggi berbanding hanya di website sendiri. Tapi masalah kebanyakan peniaga2 ni adalah “salah faham”, dan “kedekut”. Maaflah kalau istilah yg aku gunakan ni agak kasar dan mengguris perasaanmu yg selembut tisu tu. Bawah ni aku jelaskan tentang sebahagian daripada konsep berniaga online ikut pemahaman dan pengalaman, biar korang faham betul2 dan dapat ubah keadaan sebelum menjadi lebih teruk.

1) Apa maksud 'Bisnes online'?

Online dalam Bahasa Malaysia adalah “atas talian”. Bisnes online maksudnya berniaga atas talian. Memang betul FB tu merupakan sebahagian daripada platform untuk bisnes online, tapi ianya bukan hak milik kau, seolah2nya kau tumpang letak produk kau kat kedai orang lain. Kau register akaun FB, buat group, buat page, tapi semua tu masih bukan kau yg punya. Sama situasinya dengan Instagram, WhatsApp, dan lain2. Platform2 tu semua adalah media social, iaitu tempat orang bersosial secara online. Dapat kat kau, kau jadikan sebagai “bisnes online”. Inilah maksud “Salah faham” yg aku sebut kat atas tadi. Bila sesebuah website contohnya kedaiOnline.com tu adalah kau punya, then itulah dia platform utama kau untuk berniaga secara online. Social media akan menjadi support atau saluran untuk viralkan platform utama tu.

Aku rasa semua orang tahu apa itu pendrive. Berapa banyak gambar yg kau boleh save dalam pendrive tu? Dalam ICT kita panggil storage. Kau ingat FB nak bagi kau upload gambar banyak2 dalam storage dia secara free? Kalau dia dah tak suka kau sebab banyak sangat upload gambar, dia akan terus delete kau punya akaun, takdenya dia nak delete gambar tu satu per satu. Kita semua dah biasa dengar orang sebut “takde benda free dalam dunia ni”, so jangan “salah faham” bahawa FB ni adalah tempat utama untuk upload gambar produk kau banyak2. “Saya berniaga untung sikit2 je, tak mampu nak bayar encik untuk buat website”. Inilah apa yg aku cakap “Kedekut” tadi, kedekut tak bertempat. Kau sanggup habiskan duit untuk renovate pejabat / kedai, tapi tak sanggup untuk laburkan duit buat website / system. Kedai cantik tapi takde orang nak datang. Rekod sales harian pon tulis dalam buku je atas alasan “Bahaya simpan dalam laptop, takut nanti kena virus habis la hilang data”. Takde pulak kau ambik kira masalah air tumpah kena buku tu ke, anak2 conteng buku tu ke, then takde dah salinan lain kat mana2. Produk je kau nak jual online, rekod sales tak nak simpan online ke?

Sebelum kau memberikan reaksi negatif bila aku propose sesuatu solution ICT, aku harap kau fikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang. Mungkin kau anggap “Orang2 IT ni hanya tau main laptop je, mana tau bab2 bisnes pakaian ni. Yg kau tau cuma nak bedal duit orang je, dah la cas mahal”. Kalau itulah anggapan kau pada orang2 ICT, aku bagi pihak rakan2 seperjuangan berasa sedih sebab kau dah salah faham kali kedua. Aku bukannya saje2 nak letak harga ribu2 tu melainkan untuk membantu kau dapatkan lebih banyak sales. Kalau dah usaha jugak tapi masih berada pada level yg sama, mungkin kau punya produk / servis tu tak menarik. Mungkin jugak itu adalah takdir. Tapi janganlah pulak salahkan takdir sebab diri kita semua adalah milik Tuhan, Dia dah sediakan sesuatu yg lebih baik.

Rumusan untuk point ni, bisnes online ni bukanlah semata2 di FB sebab ianya cuma sebuah media social platform yg lebih sesuai sebagai medium pengiklanan (aku ceritakan kat point seterusnya). Kita masih perlukan platform online yg utama iaitu website / system jualan online sendiri. Barulah boleh dianggap bahawa kita buat bisnes online.

2) Apa kaitan antara Facebook dan bisnes?

Macam kat atas tadi aku sebut FB ni adalah social media. Sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa ramai orang suka bersosial. Apa lagi cara senang nak bersosial secara online kalau bukan di FB? So bila dah makin ramai orang tertumpu pada FB, adalah menjadi 1 peluang keemasan untuk pemiliknya buat duit melalui iklan.

“Salah faham” yg aku sebut kat atas tadi jugak adalah berkenaan iklan kat FB ni. Ramai penjual online menganggap bahawa “Iklan / post je kat wall, page dan group tu, nanti ada la yg nak beli. Tak payah dah nak ada website  / system sendiri ni”. Sekali orang ramai report kau jual produk beracun, akaun kau pon kena suspend / ban walaupon report tu hanyalah fitnah. So adakah kau sanggup create akaun baru setiap kali kena ban dan upload semula foto2 produk?

Berdasarkan pemahaman dan pengalaman aku, FB ni lebih sesuai dijadikan saluran untuk pengiklanan (sama ada iklan secara free yg boleh tenggelam bila2 masa tu, ataupon iklan berbayar melalui FB Ads), dan tak boleh dijadikan tempat utama untuk berniaga online. Tempat utama mestilah secara fizikal seperti pejabat atau kedai, paling2 kurang pon website rasmi sebagai identiti sebuah bisnes. Kita sepatutnya mengiklankan bisnes kita di FB atau Google seperti mana company2 lain macam Air Asia, Anjung Holidays, dan banyak lagi. Mereka hanya iklankan sedikit sahaja maklumat di FB, kalau ada yg berminat nak tahu lebih lanjut atau nak beli produk / servis yg diiklankan tu, boleh masuk tengok kat website diaorang.

Rumusan untuk point ni, gunakan FB ni sebagai saluran / channel untuk iklankan bisnes anda. Tak perlu pening2 nak buat FB Ads sendiri sebab mungkin hasilnya tak sama dengan apa yg diharapkan. Seolah2nya seorang programmer cuba nak bina rumah sendiri, kemungkinan besar rumah tu akan runtuh sebab dia tak pakar dalam bidang construction. Cari je mana2 pakar ICT untuk bantu anda.

3) Apa kaitan Facebook dan scammer?

Sesiapa je boleh create akaun FB atas nama orang lain sehinggalah ada orang report bahawa itu adalah fake account. Macam mana pulak kalau seseorang tu create akaun ngan nama orang lain tapi gambar orang lain? Contohnya dia bukak akaun FB untuk jual produk kosmetik, letak nama Farah Aziz, gambar perempuan cantik tengah mekap. Maka ramai perempuan lain terpedaya nak beli produk dia. Bila nak buat payment, dia bagi no. akaun bank personal. Scammer ni dia target je sesiapa yg dia suka tak kesah orang tu kaya ke miskin, asalkan dia dapat duit kira OK la. FB adalah 1 platform yg popular, jadi tak pelik jika terdapat ramai scammer yg berleluasa dalam tu. Macam payah pulak seseorang yg baru nak berniaga online ni untuk dapatkan customer pertama sebab orang bimbang dia ni seorang scammer.

Mungkin sekarang ni kebanyakan pembeli dah sedar untuk nak beli sesuatu barang online tu, bayaran perlulah dibuat ke akaun bisnes atau syarikat. Tapi masih lagi ada yg menjadi mangsa penipuan / scammer hanya kerana terpedaya dengan harga sesuatu barang yg lebih murah daripada orang lain. Sekali bila dah transfer duit, dia block kau kat FB. WhatsApp pon dia block jugak. Lepas tu kau viralkan kat FB cakap akaun tu penipu / scammer. Padahal kau tu yg bodoh, lebih sanggup beli barang murah tanpa usul periksa dulu siapa penjual tu sebenarnya. Adakah dia hanya menjual di FB dan instagram sahaja? Adakah dia mempunyai kedai atau website rasmi? Apa review orang ramai terhadap bisnes dia sebelum2 ni?

“Salah faham” yg aku sebutkan tadi tu juga merujuk pada kefahaman kita tentang siapa yg boleh berniaga dan siapa yg tak boleh, atau kita panggil bisnes identiti. Kita sepatutnya faham bahawa bisnes tu adalah suatu entiti yg berbeza dengan individu. Sebab tu kat Malaysia ada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yg membolehkan seseorang tu berniaga menggunakan suatu identiti perniagaan dengan nama yg didaftarkan. Soalan untuk peniaga2 online: Mahal sangat ke daftar SSM ni kalau nak dibandingkan ngan untung yg bakal korang dapat? Bank jugak membenarkan sesebuah bisnes tu buka akaun berasingan dengan individu / pemiliknya. So hanya nama bisnes / syarikat yg sama dengan no. akaun bank, dan kebijaksanaan anda sahaja yg boleh membezakan sama ada seseorang penjual kat FB tu adalah scammer ataupon tak.

Rumusan untuk point ni, jadilah seorang peniaga online melalui kaedah yg betul. Jangan tunggu sampai kau dilabel sebagai penipu / scammer baru terhegeh2 nak ikut undang2. Jangan disebabkan kau seorang penipu, habis peniaga2 online lain terkena tempias.

Kesimpulannya kita kena belajar memahami maksud serta kegunaan sesuatu benda tu dengan jelas sebelum menggunakannya, terutamanya bila melibatkan sesuatu yg “online”. Isu yg berlaku pada Facebook kali ni menjadi salah 1 bukti untuk aku ceritakan tentang kenapa bisnes online memerlukan system / platform sendiri. Kalau benda fizikal kita nampak hartanah sebagai pelaburan jangka masa panjang, dalam ICT pulak adalah system / platform sendiri. Jadi janganlah “kedekut” untuk laburkan duit ke arah solution ICT. Daftar SSM, upah orang buat website serta system untuk uruskan bisnes, dan iklan je online kat FB serta Google AdWords. Tak payah nak pening2 kepala dan bazirkan masa untuk belajar buat semua tu sendiri. Kita ada ramai pakar ICT yg sedia membantu. InshaAllah next POST nanti aku cerita lagi detail pasal bisnes online.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Random posts list

Jenis-jenis clients dalam bidang ICT

Jenis2 clients dalam ICT

Salam Merdeka 2018! Minggu ni aku nak cerita pengalaman aku...
0 comments
Rahsia ICT consultation part2

Rahsia ICT consultation (part 2)

Keputusan 1 meeting adalah KIV (most probably senario negatif), manakala...
0 comments
Pentingnya mempelajari HTML

Pentingnya mempelajari HTML

Hari ni aku nak buka 1 rahsia pada students IT...
0 comments
Bila peniaga online kena hack

Bila peniaga online kena hack account Facebook

Beberapa hari sebelum ni agak kecoh bila timbul isu lebih...
0 comments